pRincipLes of Life..

"never break 4 things in life;
TRUST+PROMISE+
RELATIONSHIP and HEART...
because when they BREAK,
they won't make a noise..but PAINS a lot.."

layar kiRana : sEarcHing sOuls


Thursday, July 16, 2009

bau sabut bakar

r.i.n.d.u

itu yang mampu aku ungkapkan ketika aku melalui koridor sebelum sampai ke pintu rumah sewa aku.terdiam saat deria bau menghidu aroma udara sekeliling.terdiam lagi.dan aku tersenyum sendiri.rasa rindu itu makin membukit.terus terlayar kenangan2 indah itu.

bau sabut bakar.
aku amat2 menyenangi bau sabut bakar ini.yaa,aku memang pelik.tapi itulah hakikat yang harus diterima.aku bukanlah gadis sofistikated yang meletakkan boundaries untuk semua perkara.aku cemerkap.loqlaq kata orang utara.tung tang tung tang ketika membuat kerja.kadangkala segan juga.tapi itu aku.dan aku tidak malu mengaku kekurangan itu.ok.cukup menyerlahkan diri.kembali kepada tajuk asal.=P

bau sabut bakar ini begitu sentimental.sangat nostalgic cakap orang putih.kerana bau ini menterjemah kegembiraan zaman kanak2 aku di kampung.ketika kami menghabiskan musim cuti sekolah bersama anak2 arwah paklong.huu...sungguh aku rindu momen2 itu..

aku membesar bersama 5 beradik lelaki yang lasak.sangat jarang aku bermain masak2-kawen2-mak2 dengan kawan2 sebaya.sebab aku tidak punya kawan sejantina.kawan2 abang long, kawan2 aku juga.kawan2 adik2 lelaki aku, kawan2 aku juga.cuma aku selalu dimarah kerana menyertai mereka bermain.tapi aku tidak peduli.kerana aku seronok.enjoy.bermain bersama mereka sangat syok!!

bau sabut bakar mengingatkan aku ketika aku berlari-lari menaiki anak2 tangga dari bilik air ke atas rumah.rumah arwah tokwan seperti rumah2 tradisional yang lain.tiang tinggi dengan anak2 tangga yang menggerunkan.kaki2 pendek sahaja yang akan berfikiran sedemikian.arwah tok piah seringkali menakutkan aku dengan kisah anak babi menyondol pintu bilik air menjelang senja.kedegilan aku terluntur dek kerana cerita2 ngeri begitu, namun rutin mandi ketika azan maghrib berkumandang masih diteruskan.riuh suara mak menjerit2 memarahi kami yang berebut2 bilik air.tamparan manja di punggung apabila selesai mandi dan terpaksa melalui checkpoint di pintu depan (mak automatik akan jadi mak guard setiap kali waktu maghrib) masih terbayang-bayang.aku rindu lagi saat manis itu.

dan malamnya selepas solat maghrib,arwah pak besaq sangat teruja ke rumah Tuk teh.kami 5 beradik (masa tu arina belum lahir lagi) akan terkedek2 membuntut arwah.aku lah yang paling menggedik, takut kalau2 pacat naik ke kaki.serius takot oke.lengan mak akan menjadi sasaran aku untuk berpaut dan kami akan menjerit kegelian secara berjemaah ketika melalui jalan berlopak itu.perjalanan kami dimeriahkan dengan makian2 manja dari arwah pak besaq kerana kebisingan kami membuatkan lampu2 rumah yang terpadam menyala semula.

aku tarik nafas panjang2.menghirup bauan penuh nostalgia itu.menyerap kebahagiaan infiniti.bau sabut bakar benar2 istimewa di hati aku.kerana sabut bakar mampu membuat aku tersenyum mengingati arwah dan momen2 manis zaman kanak2 aku ketika masih bersamanya...

with love,

1 dancing needles:

lizs ally said...

dah pindah dah?
camner life baru?
im quit bz lately cam time dl2...so tired..n class pun dah start dah...
so now...other than my suck job to think about..im also need to think about my study but im really2 happy...wish me luck..
misss u so muchhhhhh....

saya nak bawak BB saya jalan2 g penang next month...hehehe...adakah Budi sudi temankan? hahahahaha

frOm tHe bottoM of my HeaRt..

Thank You Myspace Comments

wHen wOrds failed, mUsic sPeaks..


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones